Sunday, November 30, 2008

Pisau dalam hutan

Suatu hari di tengah hutan.. ketika para pelajar sebuah universiti sedang melakukan penyelidikan terhadap tumbuhan hutan… Seorang pelajar senior yang juga merupakan pemimpin kepada rombongan itu terjumpa dengan sebuah pisau lipat di atas tanah. Menurut peraturan yang telah ditetapkan semasa membuat penyelidikan di dalam hutan, sesiapa yang meninggalkan barang penyelidikan di dalam perjalanan akan dihukum.

Lalu pelajar senior itu mengambil pisau lipat dan mengumpulkan semua pelajar untuk tujuan menghukum mana-mana pelajar yang telah lalai dan meninggalkan pisau lipatnya.

“Siapa yang kehilangan pisau lipat di tengah perjalanan tadi?!!” tanya pelajar senior itu..
Tak ada seorang pun yang berani mengaku.. Kemudian pelajar senior itu menambah..

“Ayuh cepat!! mengaku aje la.. lagi pun sebenarnya aku dah tau siapa pemilik pisau lipat ni sebab namanya terukir kat sini.. Tapi aku nak kejujuran korang semua untuk mengaku!!!”
Masih tidak ada jawapan dari para pelajar lain..

“Kalau tak ada yang jujur nak mengaku salah, aku akan panggil nama pemilik!!!”

Pelajar-pelajar masih lagi diam. Akhirnya pelajar senior itu tidak dapat bersabar lagi.. lalu diambilnya pisau lipat tadi kemudian dengan lantang dia menyebut nama pemilik pisau itu…

“STAINLESS STEEL!!cepat keluar…!!!”

Wednesday, November 26, 2008

Perbezaan MATLAB dengan lain-lain high-level languages

Aiza ada tanya aku pasal MATLAB (susah ke matlab ni?), so aku rasa bagus jugak kalau aku introduce kat korang language ni. takda la kekok sangat bila start guna tahun depan. Ini contoh perbezaan statement yang aku ambil dari buku ini, untuk memberi contoh kelebihan MATLAB berbanding high-level language yang lain untuk tujuan operasi matematik.

MATLAB:
area = pi* ((diameter/2)^2);

C:
area = 3.141593*(diameter/2)* (diameter/2);

Fotran:
area = 3.141593*(diameter/2.0)**2

Ada:
area: = 3.141593*(diameter/2)**2 ;

Pascal:
area: = 3.141593*(diameter/2)* (diameter/2)

BASIC:
let a = 3.141593*(d/2)*(d/2)

COBOL:
compute area = 3.141593*(diameter/2)* (diameter/2).

Aku tak tahu sebab apa author buku tu bandingkan matlab dengan language2 yang lapuk cam COBOL ngan Ada. Language2 kat atas ni (kecuali matlab) dah ada masa zaman sebelum merdeka lagi. PEr ah. OK ah first of all, kalo tengok operasi 'pi' hanya ada pada matlab. language lain, kena taip sendiri. Kedua, 'square' pon matlab je ada. Tu je ah kot beza dia dalam statement ni.

Monday, November 24, 2008

Jangan makan macam babi la, sayang


Mak aku dulu pernah buat kelas tambahan bahasa inggeris masa aku sekolah rendah. Satu petang tu, pelajar diarah berlakon cerita "Three little pigs", yang aku rasa semua budak kecik di dunia barat tahu (lebih kurang cam citer sang kancil dengan buaya la..).
"Okey, sapa nak berlakon jadi babi?"

haha aku sampai skarang rasa nak tergelak bila teringat balik .
Last-last mak aku kena tukar jadi "Three little sheep".
Membesar dalam keluarga mixed, kadang-kadang perbezaan macam ni nampak begitu ketara. Mat salleh konpem tergelak kalau tahu dalam bahasa melayu 'babi' tu perkataan kesat. Kalau dalam keluarga melayu, konpem kena lempang kalo si isteri kata,

"Jangan makan macam babi la, sayang" (muka manja)
(don't eat like a pig, pig out, make a pig of yourself)

dan

"Wah abang! Abang berpeluh macam babi lah!"
(sweat like a pig)



Contoh idiom lain:

in a pig's eye (American, informal)

something that you say which means you think there is no chance that something is true or that something will happen. Me, in love with Sandra? In a pig's eye I am.

make a pig's ear of something/doing something (British, informal)

to do something very badly. Tim made a right pig's ear of putting those shelves up.

a pig in a poke

something that you buy or accept without first seeing it or knowing what it is like, with the result that it might not be what you want. Clothes from a catalogue are a pig in a poke. You can't feel the quality of the fabric or know if the clothes will fit.

squeal like a stuck pig (informal)

to make a long, high sound, usually because you are hurt. It was only a scratch, but he started squealing like a stuck pig.

sweat like a pig (informal)

to sweat a lot. I was so nervous, I was sweating like a pig.
source
pig picture source

Dalam hidup aku, tak pernah lagi aku jumpa melayu yang kata anak babi tu comel, kecuali diri aku sendiri dan adik-beradik aku. Gambar anak babi paling gila babi comel aku pernah tengok, dalam nat geo magazine (babi liar). perrgh! kiut gle. Tapi citer dia sedih jgak la. mak dia kena buru. tinggal anak je. anak lak tak leh survive tanpa mak. anak tu tahan dalam 3 hari je pastu meninggal.

Sunday, November 23, 2008

Apabila Helmi membeli D-SLR

Helmi semacam je hari ni. Riang campur gelisah. Mana taknya, ni lah hari yang ditunggu-tunggu. Helmi akan membeli kamera Digital Single Lense Reflex Nikon D-80. Nama sungguh cantik lagilah harganya. Demi minat dan passion, apa-apa boleh jadi boss. Kat Lowyat, tinggal 1 model je lagi. Helmi bertindak pantas dan membeli model terakhir. Walaupun duit Mara tak masuk lagi, sikap collective responsibility rakan-rakan yang lain membolehkan Helmi mencapai cita-citanya yang pada satu waktu hanyalah impian tanpa disokong rationale yang jelas. Macam kata idris jusoh bekas menteri besar Terengganu, “impian menjadi reality”. Aku kagum dengan sikap Helmi yang tekad. And Im happy for him. Kerana sebagai room-matenya, aku juga akan menerima tempias faedah-faedah yang bakal diperoleh Helmi.

Friday, November 21, 2008

Assignment yg aku kena hantar hari ni

My biggest criticism of McWhorter is that the book does not address the topic of spirituality at all. It is probably fair comment to say that most authors in the west shy away from discussing religion in their works. But spirituality in the context of a secular society need not exclusively focus on theology and religion. Ian Mitroff and Elizebeth Denton stated in their book on spirituality in corporate America, “Most executives defined spirituality in much the same way – not as religion, but as the basic desire to find purpose and meaning in one’s life”.

It is important to address spiritual intelligence especially when dealing with issues central to a student such as integrity, handling academic problems and stress, establishing goals, assessing priorities and realizing responsibilities. A high spiritual intelligence is the largest determining factor in realizing one’s true potential. Danah Zohar and Ian Marshall succinctly define the spiritual quotient (SQ) as “the intelligence to put our actions and our lives into a wider and richer meaning. It is the intelligence to judge whether ones actions or way of life is more meaningful than another’s is. SQ is the foundation required to make IQ and EQ function effectively. SQ is our highest intelligence”.

I believe that when somebody does something solely for God, and works hard at achieving his goal, then he or she is sure to succeed. In the case of a student, this happens when one has ‘inner principles’ that when combined and harnessed, make for an all rounded individual. The steps in handling academic problems as McWhorter suggests are all very rational and true, but are not accompanied by spiritual advice. Indeed, if one followed their spiritual voice, one would not experience academic problems in the first place.

Ary Ginanjar Agustian in his book The Islamic Guide to Developing ESQ says that a stereotypical image of the world and the Hereafter has developed in our society which has resulted in a polarization of the physical world and spirituality. So I can understand that McWhorter would have no incentive to include such material in her book, but I believe suggestions such as mine are timely in an age where young adults are observed to be more aggressive, depressed, and more prone to worry than previous generations.

Wednesday, November 19, 2008

Kau tak tahu apa perasaanku

Di kala ini ramai di kalangan rakyat Malaysia yang membangkitkan isu kaum. Melayu ni, melayu tu, cina camni cina camtu. Melayu malas, cina tamak dan india tak boleh dipercayai. Pening kepala. Pening sebab tak paham. Tak paham sebab apa? Ni aku nak citer ni…

Sebenarnya ikhlas di hati, aku tak rasa macam aku ada race. Mak aku orang melayu. Bapak aku European. Bapak ak pon orang mixed. Mak dia orang france, bapak dia English. Maksudnya, komposisi gen DNA aku 50% melayu, 25% English 25% French. Yang mana dominant atau resesif, aku x tau (terbayang cikgu azmi ajar chem kejap).

Kalau nak tau apa perasaanku, cuba korang tutup mata kejap dan bayangkan semua benda2 tepi korang termasuk bilik, siling, computer dan kabel streamyx melayang jauh ke angkasa. Tinggal ruang putih kosong ala2 matrix (atau bilik sehari sama ngan setahun dlm dragon-ball). Walaupun nampak cam bodo tp buat la weyh, kalo ko nk tau caner jd aku. OK skarang bayangkan semua hubungan ko ngan dunia melayu lenyap. Maksudnya ko tak reti cakap melayu, ko tak kenal lagi ma and pa, UMNO tak wujud, songket dan songkok pun sekadar objek arbitrari sahaja. Kalau susah sangat, bayangkan ko dengar perbualan melayu dan tak dapat bezakannya dengan bahasa russia. jgn bayangkan maria sharapova suda la, kang tak jadi eksperimen ni (hambar). OK, sekarang fasa paling penting dalam eksperimen ni. Tanya diri kuat-kuat (kalau nak dramatis bayangkan hujan lebat dan rebut taufan);
APA BANGSAKU??!!
Blank.
Sekali lagi-
APA BANGSAKU??!! Blank.
Macam tu la perasaan aku sial.

Dah 3 tahun blogging..

Dah hampir 3 tahun aku berblog, on dan off (maksudnya skejap ada blog skejap takde, selama 3 tahun). Selama 3 tahun ni blog ak berbahasa orang puntis. Tapi tak ramai yang tahu pada 2004, masa orang lain baru sampai akil baligh apatah lagi tau blog tu apa, aku dah tulis blog. Bahasa melayu plak tu. Bawah ni satu kenangan coretanku masa form 4, yang juga aku rasa satu cerminan api kenakalanku yang nampaknya dah malap.

Ponteng

Pergi sekolah seperti biasa. Cuma hari ni ada ‘adventure’ sikit. Aku tengok jadual waktu. Bagus. PQS disambung dengan 2 masa Sejarah, 2 subject yang tidak terlalu penting untuk SPM. So, aku ambil keputusan untuk ambil cuti skitt.. Lagipun kalau aku duk dalam kelas gerenti tido punya. Buat apa buat cikgu sakit hati, right? Dalam perjalanan ke tempat ponteng, surau sekolah, aku terserempak kawan2 aku. “Gi monteng ko Jamil?” Jawapan aku padat dan jitu. So berjalanlah aku ke surau. Kalau masa ni taun lepas, ada beberapa orang akan menemani. Mereka semua sudah chow dari SMKANI. Skolah ni civic sangat. And they hate Arabic; susah sangat. Asyik dapat E je, tak guna laa duk skolah Arab, kan? Anyway, surau sekolah sudah berpenghuni. Budak2 yang tak nak main PJ lepak kat sini. Tak guna. Takde peace aku nak tido. Nevermind. Aku membaringkan diriku dan memulakan proses peniduran. Alangkah bengangnya, suara sumbang budak2 sial tu memekak. No peace at all. Bising tu tak pe lagi, tapi tiap2 3-4 mnit aku dengar nama ‘Cik Ku Razak’ (pengetua) dan ‘Ustat Ya’ (Guru Disiplin) dipanggil.. Budak2 tu acah je, tapi kalau betul2 2 orang tu mari inspect surau, mati la aku. Pukul lebih kurang 9:07 pagi, dah tak dengar suara orang. Good. 20 minit agi boleh tido. Biologi lepas ni, tak leh miss. Aku bangun kejap nak tutup kipas, aku tak suka bazir elektrik. Tiba2, terdengar bunyi macam stampede. budak2 tengah save themselves from Ust. Ya. Shit. Kasut aku letak dekat tepi tempat Ust. Ya sedang berdiri. To hell with the shoes. Aku membuka langkah seribu dan a few seconds later bebas dari ancaman guru disiplin. Cuma satu je masalah; aku pakai stoking tanpa kasut. Aiyoo, kena ambik smula.. Aku ambik perlidungan dalam tandas (baru buka, so no smell whatsoever) untuk memikirkan strategi. Masa tu aku duk terpikir dah, kalau Ust Ya bijak dia akan ambik kasut aku buat evidence. Itu satu kemungkinan.. Last2, aku dapat jugak kasut aku. Syukur, dia tak ambik. Stokin aku pulak dah kotor dan basah sebab pengembaraan aku, so aku jemur je bawah cahaya suria yang menyengit. Balik kelas, just in time untuk Biologi, mata pelajaran feveret aku.

2:10 PM, time to chow. Di luar kawasan sekolah, aku tengok orang baring tengah jalan raya, but not to sleep. Eksiden. Budak pompuan skolah aku sendiri, jatuh motor sebab graze dengan kereta. Pak Cik2 berpusu2 mari menolong anak gadis. To my horror, aku nampak cecair kemerahan atas jalan raya. Damn, this chic got beaten up. Tapi sangkaan aku meleset sekali sebab tepi cecair tu rupa2nya air sirap yang jatuh bersama2nya. Mati2 ingat darah.. Jip ayah aku sampai so aku naik, dan pegi Jertih kejap, nak bayar kompaun. Fast-forward cerita, bill kompaun tu panjangnya lebih satu depa, dari yang taun 1999 sampai 2004. How much? RM1300. Gila.

Wednesday, September 22, 2004 9:06 PM


Kalau aku plot umur pada paksi x dan tahap skema pada paksi y, aku rasa mungkin dapat graf eksponensi. Atau mungkin definisi ‘nakal’ tu sendiri yang berubah. Contohnya dulu kalau aku suka ponteng, mungkin skarang dah tak ponteng tapi kejahatan tu terbias dan terrefract kearah lain. OKlah walaupun aku rindu zaman sekolah, namun the show must go on kata eminem. Kata lirik Billy Bragg, “The times they are a changing”. Mungkin tu lah tujuan aku berblog semula.