Tuesday, December 9, 2008

Seorang nenek yang malang

Pada suatu hari yang malang, seorang nenek bernama Mak Tejah sedang sakit tenat di hospital. Tiba-tiba, anaknya Nizam dan Amirah datang melawat. Mereka sangat sedih dengan keadaan perempuan tua tersebut, lalu mendekatinya sambil memberi kata-kata semangat. Nampaknya Mak Tejah ingin berkata sesuatu yang penting. Lalu dicapainya kertas dan pen 'kilometrico'. Selepas menulisnya, dia memberikannya kepada Nizam. Kata Nizam kepada dirinya, "Sungguh tidak sopan rasanya jika aku membaca wasiat ini depan mak", lalu melipatkan kertas itu dan memasukkannya ke dalam poket belakang. Tak lama selepas insiden terbabit, Mak Tejah meninggal dunia.
Selepas upacara pengebumian, Nizam menyeru semua adik-beradik supaya berkumpul dan membuat satu bulatan di dalam bilik. Dengan perasaan paling pilu dan sedih, Nizam mengeluarkan kertas dari poket belakang, yang sekarang sudah panas sedikit kerana pengaliran haba dari punggungnya. Suasana dalam bilik menjadi tegang. Nizam membaca isu kandungan surat terbabit. "Along, jangan lah pijak atas wayar oksigen tu..".

8 comments:

Amirah Zayanah said...

hahaha!
pandai kau buat cerita ye? :D
hahahha!
name cucu dia memang best :D

Amirah Zayanah said...

eh silap.
bukan cucu mak tejah.
hahahha
ANAK :P

Jason G said...

haha. this one's funny!

Fairuz Sallehuddin said...

lawak gila okayy
hahahahhaha
:))

Ey3~Zha said...

sengalssssssssss ko jamil....ak trtipuuuuu!!!!!!!!!!!! ksian weyh klo btul jd in real life.....ish3...mak tejah2...

Z said...

OMG.
another case of tragic comedy. huhuhu

lol, tho.

Jamil said...
This comment has been removed by the author.
Jamil said...

@all- hmm citer ni ada je kat nternet cuma ak tulis ayat sdiri la.. hehe mirah jgn terasa plak nama tuh..
@aiza - ambik pngajaran dr mak tejah ok..
@zaty - yeah schadenfreude!