Wah! Begitu kagum dengan persatuan reformis. Mereka ingin berbogel. Wah! Nudism sudah sampai di malaysia. progresif. Adakah ini permulaan bagi industri pornografi melayu? TV3 dan pelbagai badan kerajaan mestilah memainkan peranan yang lebih proaktif dalam hal ini, dengan menyediakan coverage media yang secukupnya. Mungkin semasa pertunjukan bogel mereka, kalau boleh disertakan pelbagai aktiviti yang menarik. Contohnya:
tarian naga bogel.
pertandingan melukis (bukan untuk kanak-kanak lah.)
pertandingan hula hoops paling lama
Mungkin mereka boleh membuat 'roadshow' di seluruh malaysia. Mengapa tak datang ke terengganu juga? Proteslah juga kepincangan kerajaan di sini yang membazirkan berjuta-juta duit rakyat untuk projek yang bodoh lagi bangang seperti masjid kristal (rm200 juta) dan monsoon cup yang duitnya masuk poket kroni, dan langsung tak memanfaatkan rakyat miskin yang dikatakan cuba dibela oleh reformis. malaysiakini
Biarlah disiarkan live supaya rakyat malaysia dapat berbangga dengan kehebatan dan kegagahan lelaki melayu. Malaysia akan gah di persada dunia dan ini juga boleh menjadi promosi yang baik.
PS: kalau yang tak tahu pasal reformis, baca: http://www.nst.com.my/Tuesday/National/2417404
Biodata
6 years ago
