Wednesday, November 19, 2008

Kau tak tahu apa perasaanku

Di kala ini ramai di kalangan rakyat Malaysia yang membangkitkan isu kaum. Melayu ni, melayu tu, cina camni cina camtu. Melayu malas, cina tamak dan india tak boleh dipercayai. Pening kepala. Pening sebab tak paham. Tak paham sebab apa? Ni aku nak citer ni…

Sebenarnya ikhlas di hati, aku tak rasa macam aku ada race. Mak aku orang melayu. Bapak aku European. Bapak ak pon orang mixed. Mak dia orang france, bapak dia English. Maksudnya, komposisi gen DNA aku 50% melayu, 25% English 25% French. Yang mana dominant atau resesif, aku x tau (terbayang cikgu azmi ajar chem kejap).

Kalau nak tau apa perasaanku, cuba korang tutup mata kejap dan bayangkan semua benda2 tepi korang termasuk bilik, siling, computer dan kabel streamyx melayang jauh ke angkasa. Tinggal ruang putih kosong ala2 matrix (atau bilik sehari sama ngan setahun dlm dragon-ball). Walaupun nampak cam bodo tp buat la weyh, kalo ko nk tau caner jd aku. OK skarang bayangkan semua hubungan ko ngan dunia melayu lenyap. Maksudnya ko tak reti cakap melayu, ko tak kenal lagi ma and pa, UMNO tak wujud, songket dan songkok pun sekadar objek arbitrari sahaja. Kalau susah sangat, bayangkan ko dengar perbualan melayu dan tak dapat bezakannya dengan bahasa russia. jgn bayangkan maria sharapova suda la, kang tak jadi eksperimen ni (hambar). OK, sekarang fasa paling penting dalam eksperimen ni. Tanya diri kuat-kuat (kalau nak dramatis bayangkan hujan lebat dan rebut taufan);
APA BANGSAKU??!!
Blank.
Sekali lagi-
APA BANGSAKU??!! Blank.
Macam tu la perasaan aku sial.

2 comments:

Anonymous said...

i tried, but i failed =|

nway, its nice to see you blogging again...will surely drop by again next time ;)

Jamil said...

haha.. act ak mmg rasa cam org melayu bila ckp melayu ngan surrounded by org melayu..
drop by anytime dude