Showing posts with label Nikon D-80. Show all posts
Showing posts with label Nikon D-80. Show all posts

Sunday, November 23, 2008

Apabila Helmi membeli D-SLR

Helmi semacam je hari ni. Riang campur gelisah. Mana taknya, ni lah hari yang ditunggu-tunggu. Helmi akan membeli kamera Digital Single Lense Reflex Nikon D-80. Nama sungguh cantik lagilah harganya. Demi minat dan passion, apa-apa boleh jadi boss. Kat Lowyat, tinggal 1 model je lagi. Helmi bertindak pantas dan membeli model terakhir. Walaupun duit Mara tak masuk lagi, sikap collective responsibility rakan-rakan yang lain membolehkan Helmi mencapai cita-citanya yang pada satu waktu hanyalah impian tanpa disokong rationale yang jelas. Macam kata idris jusoh bekas menteri besar Terengganu, “impian menjadi reality”. Aku kagum dengan sikap Helmi yang tekad. And Im happy for him. Kerana sebagai room-matenya, aku juga akan menerima tempias faedah-faedah yang bakal diperoleh Helmi.