Sunday, December 28, 2008
Homemade rockets VS helicopter gunships
Everyone should read this:
Johann Hari: The true story behind this war is not the one Israel is telling
Robert Fisk: Leaders lie, civilians die, and lessons of history are ignored
Also www.ifamericansknew.org
What can we in Malaysia do? The least we can do is solat hajat. Our own Aman Palestin also has a Skim Bantuan Gaza. Donations can be done through it's bank accounts BIMB 12029010047880 , MayBank 562263010787.
Monday, December 22, 2008
Laman web KMS islamic union
Laman web kmsislamicunion.org akan expired pada 16 Januari 2009. Ayuh semua lawat laman web ini sebelum terkubur selama-lamanya. Boleh aje renew, tapi... sapa lah nak jaga dan bayar domain dan web space fees? Aku? oh tidak...
Anyway terima-kasih kepada semua budak 7.1 kerana berjaya melancarkan laman web ini...walaupun aku yang banyak wat kerja hahaha takde ah..
Juga kepada girls 7.1, aku hutang ngan korang 30sen seorang untuk domain dan webspace fees, harap korang halalkan yaa..
OK ciao
Thursday, December 18, 2008
Inter-racial marriage
Race--------Number--------Sex
Japanese --------1---------1 Female
British-----------4---------1 Female, 3 Male
Italians----------1--------- 1 Female
Norwegians------1---------1 Female
Australians ------1 --------Can’t remember lolz
Chinese ---------2 ---------2 Male
Egyptians -------1 -------- 1 Male
Some interesting facts:
All the girls in the table met their spouses on Perhentian Island.
Two of the British guys have been here since the 1940’s – and have never been back to England since then. They’re more Malaysian than anybody!
Two marriages in the table have ended in divorce.
The two Chinese are local Chinese.
One of the British girls has been a Muslim for 2 years before she married the local.
Everyone in the table are Muslim reverts except the Egyptian.
A lot of these guys have some interesting stories to tell, especially the pre-merdeka ones. Some sad stories too. I might blog about those sometime!
Saturday, December 13, 2008
Berbogel di jalanan
tarian naga bogel.
pertandingan melukis (bukan untuk kanak-kanak lah.)
pertandingan hula hoops paling lama
Mungkin mereka boleh membuat 'roadshow' di seluruh malaysia. Mengapa tak datang ke terengganu juga? Proteslah juga kepincangan kerajaan di sini yang membazirkan berjuta-juta duit rakyat untuk projek yang bodoh lagi bangang seperti masjid kristal (rm200 juta) dan monsoon cup yang duitnya masuk poket kroni, dan langsung tak memanfaatkan rakyat miskin yang dikatakan cuba dibela oleh reformis. malaysiakini
Biarlah disiarkan live supaya rakyat malaysia dapat berbangga dengan kehebatan dan kegagahan lelaki melayu. Malaysia akan gah di persada dunia dan ini juga boleh menjadi promosi yang baik.
PS: kalau yang tak tahu pasal reformis, baca: http://www.nst.com.my/Tuesday/National/2417404
Tuesday, December 9, 2008
Seorang nenek yang malang
Selepas upacara pengebumian, Nizam menyeru semua adik-beradik supaya berkumpul dan membuat satu bulatan di dalam bilik. Dengan perasaan paling pilu dan sedih, Nizam mengeluarkan kertas dari poket belakang, yang sekarang sudah panas sedikit kerana pengaliran haba dari punggungnya. Suasana dalam bilik menjadi tegang. Nizam membaca isu kandungan surat terbabit. "Along, jangan lah pijak atas wayar oksigen tu..".
Sunday, December 7, 2008
Besut VS Kemaman
At last sampai besut. Pergi Jertih tadi. Tengok kemajuan kat besut sket... starbucks takde lagi. KFC, guardian ngan watson je la lambang kapitalis yang ada untuk menunjukkan besut lebih maju dari dulu.. Kemaman dah ada starbucks, big apple donuts, secret recipe ngan TGV kat Mesra Mall( Mesra mall adalah pasaraya moden bernilai rm100juta yang dikendali oleh suria klcc group). KT pon xde starbucks. gle ah kemaman.
Hmm. Menteri besar adalah ADUN kemaman. Adakah keputusan meletakkan mesra mall di kertih berbau politik? Sebenarnya dulu bila Idris Jusoh jadi MB, banyak 'kemajuan' berlaku di Besut (idris orang besut). Contohnya UDM, taman ilmu, masjid hadhari dan jerteh souq merupakan antaran projek mega idris. Adakah sekarang giliran kemaman 'menunjuk jari tengah' ke besut?
Jadi persoalannya, adakah kemaman, a land in the middle of no where, lokasi terbaik untuk sebuah pasaraya moden? Tejo nasir dan michik (dungun dekat ah tuh) mungkin berkata "ya!". Dan mereka kemungkinan sekarang sedang menghirup double frappocino sambil memerhati permandangan indah trafik kemaman. Impian menjadi realiti.
But ok la, alasan untuk buat kat kemaman logik gak ah. Engineer petroleum dan expatriates yang duk kat situ, sememangnya duit belambak. Kalau besut? Tokei sate dan keropok lekor je la mampu minum kat starbucks sambil menikmati wifi percuma yang slow nak mati tu.
Set kemamang jgn tak tegur lak aku pas ni. Mentang la breakfast stabak.
'Frapocino daba se bang. derah sket natang beruk. nok gi shopping giordano plok ning. Pahtu tengok quantum of sorleh'.
Hilir saing aku lening. Impian menjadi realiti.
Sunday, November 30, 2008
Pisau dalam hutan
Lalu pelajar senior itu mengambil pisau lipat dan mengumpulkan semua pelajar untuk tujuan menghukum mana-mana pelajar yang telah lalai dan meninggalkan pisau lipatnya.
“Siapa yang kehilangan pisau lipat di tengah perjalanan tadi?!!” tanya pelajar senior itu..
Tak ada seorang pun yang berani mengaku.. Kemudian pelajar senior itu menambah..
“Ayuh cepat!! mengaku aje la.. lagi pun sebenarnya aku dah tau siapa pemilik pisau lipat ni sebab namanya terukir kat sini.. Tapi aku nak kejujuran korang semua untuk mengaku!!!”
Masih tidak ada jawapan dari para pelajar lain..
“Kalau tak ada yang jujur nak mengaku salah, aku akan panggil nama pemilik!!!”
Pelajar-pelajar masih lagi diam. Akhirnya pelajar senior itu tidak dapat bersabar lagi.. lalu diambilnya pisau lipat tadi kemudian dengan lantang dia menyebut nama pemilik pisau itu…
“STAINLESS STEEL!!cepat keluar…!!!”
Wednesday, November 26, 2008
Perbezaan MATLAB dengan lain-lain high-level languages
MATLAB:
area = pi* ((diameter/2)^2);
C:
area = 3.141593*(diameter/2)* (diameter/2);
Fotran:
area = 3.141593*(diameter/2.0)**2
Ada:
area: = 3.141593*(diameter/2)**2 ;
Pascal:
area: = 3.141593*(diameter/2)* (diameter/2)
BASIC:
let a = 3.141593*(d/2)*(d/2)
COBOL:
compute area = 3.141593*(diameter/2)* (diameter/2).
Aku tak tahu sebab apa author buku tu bandingkan matlab dengan language2 yang lapuk cam COBOL ngan Ada. Language2 kat atas ni (kecuali matlab) dah ada masa zaman sebelum merdeka lagi. PEr ah. OK ah first of all, kalo tengok operasi 'pi' hanya ada pada matlab. language lain, kena taip sendiri. Kedua, 'square' pon matlab je ada. Tu je ah kot beza dia dalam statement ni.
Monday, November 24, 2008
Jangan makan macam babi la, sayang
Mak aku dulu pernah buat kelas tambahan bahasa inggeris masa aku sekolah rendah. Satu petang tu, pelajar diarah berlakon cerita "Three little pigs", yang aku rasa semua budak kecik di dunia barat tahu (lebih kurang cam citer sang kancil dengan buaya la..).
"Okey, sapa nak berlakon jadi babi?"
haha aku sampai skarang rasa nak tergelak bila teringat balik .
Last-last mak aku kena tukar jadi "Three little sheep".
Membesar dalam keluarga mixed, kadang-kadang perbezaan macam ni nampak begitu ketara. Mat salleh konpem tergelak kalau tahu dalam bahasa melayu 'babi' tu perkataan kesat. Kalau dalam keluarga melayu, konpem kena lempang kalo si isteri kata,
"Jangan makan macam babi la, sayang" (muka manja)
(don't eat like a pig, pig out, make a pig of yourself)
dan
"Wah abang! Abang berpeluh macam babi lah!"
(sweat like a pig)
Contoh idiom lain:
in a pig's eye (American, informal)
make a pig's ear of something/doing something (British, informal)
a pig in a poke
squeal like a stuck pig (informal)
sweat like a pig (informal)
pig picture source
Dalam hidup aku, tak pernah lagi aku jumpa melayu yang kata anak babi tu comel, kecuali diri aku sendiri dan adik-beradik aku. Gambar anak babi paling gila babi comel aku pernah tengok, dalam nat geo magazine (babi liar). perrgh! kiut gle. Tapi citer dia sedih jgak la. mak dia kena buru. tinggal anak je. anak lak tak leh survive tanpa mak. anak tu tahan dalam 3 hari je pastu meninggal.
Sunday, November 23, 2008
Apabila Helmi membeli D-SLR
Friday, November 21, 2008
Assignment yg aku kena hantar hari ni
It is important to address spiritual intelligence especially when dealing with issues central to a student such as integrity, handling academic problems and stress, establishing goals, assessing priorities and realizing responsibilities. A high spiritual intelligence is the largest determining factor in realizing one’s true potential. Danah Zohar and Ian Marshall succinctly define the spiritual quotient (SQ) as “the intelligence to put our actions and our lives into a wider and richer meaning. It is the intelligence to judge whether ones actions or way of life is more meaningful than another’s is. SQ is the foundation required to make IQ and EQ function effectively. SQ is our highest intelligence”.
I believe that when somebody does something solely for God, and works hard at achieving his goal, then he or she is sure to succeed. In the case of a student, this happens when one has ‘inner principles’ that when combined and harnessed, make for an all rounded individual. The steps in handling academic problems as McWhorter suggests are all very rational and true, but are not accompanied by spiritual advice. Indeed, if one followed their spiritual voice, one would not experience academic problems in the first place.
Ary Ginanjar Agustian in his book The Islamic Guide to Developing ESQ says that a stereotypical image of the world and the Hereafter has developed in our society which has resulted in a polarization of the physical world and spirituality. So I can understand that McWhorter would have no incentive to include such material in her book, but I believe suggestions such as mine are timely in an age where young adults are observed to be more aggressive, depressed, and more prone to worry than previous generations.
Wednesday, November 19, 2008
Kau tak tahu apa perasaanku
Sebenarnya ikhlas di hati, aku tak rasa macam aku ada race. Mak aku orang melayu. Bapak aku European. Bapak ak pon orang mixed. Mak dia orang france, bapak dia English. Maksudnya, komposisi gen DNA aku 50% melayu, 25% English 25% French. Yang mana dominant atau resesif, aku x tau (terbayang cikgu azmi ajar chem kejap).
Kalau nak tau apa perasaanku, cuba korang tutup mata kejap dan bayangkan semua benda2 tepi korang termasuk bilik, siling, computer dan kabel streamyx melayang jauh ke angkasa. Tinggal ruang putih kosong ala2 matrix (atau bilik sehari sama ngan setahun dlm dragon-ball). Walaupun nampak cam bodo tp buat la weyh, kalo ko nk tau caner jd aku. OK skarang bayangkan semua hubungan ko ngan dunia melayu lenyap. Maksudnya ko tak reti cakap melayu, ko tak kenal lagi ma and pa, UMNO tak wujud, songket dan songkok pun sekadar objek arbitrari sahaja. Kalau susah sangat, bayangkan ko dengar perbualan melayu dan tak dapat bezakannya dengan bahasa russia. jgn bayangkan maria sharapova suda la, kang tak jadi eksperimen ni (hambar). OK, sekarang fasa paling penting dalam eksperimen ni. Tanya diri kuat-kuat (kalau nak dramatis bayangkan hujan lebat dan rebut taufan);
APA BANGSAKU??!!
Blank.
Sekali lagi-
APA BANGSAKU??!! Blank.
Macam tu la perasaan aku sial.
Dah 3 tahun blogging..
Dah hampir 3 tahun aku berblog, on dan off (maksudnya skejap ada blog skejap takde, selama 3 tahun). Selama 3 tahun ni blog ak berbahasa orang puntis. Tapi tak ramai yang tahu pada 2004, masa orang lain baru sampai akil baligh apatah lagi tau blog tu apa, aku dah tulis blog. Bahasa melayu plak tu. Bawah ni satu kenangan coretanku masa form 4, yang juga aku rasa satu cerminan api kenakalanku yang nampaknya dah malap.
Ponteng
Pergi sekolah seperti biasa. Cuma hari ni ada ‘adventure’ sikit. Aku tengok jadual waktu. Bagus. PQS disambung dengan 2 masa Sejarah, 2 subject yang tidak terlalu penting untuk SPM. So, aku ambil keputusan untuk ambil cuti skitt.. Lagipun kalau aku duk dalam kelas gerenti tido punya. Buat apa buat cikgu sakit hati, right? Dalam perjalanan ke tempat ponteng, surau sekolah, aku terserempak kawan2 aku. “Gi monteng ko Jamil?” Jawapan aku padat dan jitu. So berjalanlah aku ke surau. Kalau masa ni taun lepas, ada beberapa orang akan menemani. Mereka semua sudah chow dari SMKANI. Skolah ni civic sangat. And they hate Arabic; susah sangat. Asyik dapat E je, tak guna laa duk skolah Arab,
2:10 PM, time to chow. Di luar kawasan sekolah, aku tengok orang baring tengah jalan raya, but not to sleep. Eksiden. Budak pompuan skolah aku sendiri, jatuh motor sebab graze dengan kereta. Pak Cik2 berpusu2 mari menolong anak gadis. To my horror, aku nampak cecair kemerahan atas jalan raya. Damn, this chic got beaten up. Tapi sangkaan aku meleset sekali sebab tepi cecair tu rupa2nya air sirap yang jatuh bersama2nya. Mati2 ingat darah.. Jip ayah aku sampai so aku naik, dan pegi Jertih kejap, nak bayar kompaun. Fast-forward cerita, bill kompaun tu panjangnya lebih satu depa, dari yang taun 1999 sampai 2004. How much? RM1300. Gila.
Wednesday, September 22, 2004 9:06 PM
Kalau aku plot umur pada paksi x dan tahap skema pada paksi y, aku rasa mungkin dapat graf eksponensi. Atau mungkin definisi ‘nakal’ tu sendiri yang berubah. Contohnya dulu kalau aku suka ponteng, mungkin skarang dah tak ponteng tapi kejahatan tu terbias dan terrefract kearah lain. OKlah walaupun aku rindu zaman sekolah, namun the show must go on kata eminem. Kata lirik Billy Bragg, “The times they are a changing”. Mungkin tu lah tujuan aku berblog semula.